Buat pertama kalinya aku membuat forum walaupun tidaklah sehebat forum lain tapi lebih baik dari tiada. Dengan bantuan Abg Long, CEO kat sini dapatlah membuat forum ini dengan jayanya. Tidak lupa juga dengan iLostmyid, MOD kat sini yang banyak bagi kritikan yang melampau membuat kami terus bersemangat. Tujuan sebenarnya kami membuat forum ini adalah untuk mengumpul kembali teman-teman yang telah pergi membawa haluan masing-masing. Dengan adanya forum ini dapatlah kita berhubung antara satu sama lain. Bak kata pepatah "jauh di mata tapi dekat di internet". Apalah gunanya internet kalau kita tidak menggunakannya dengan sebaiknya. Semuanya bermula apabila aku membuka friendster edwin, aku ternampak gambar kenangan kami budak DTK ramai-ramai. Rasa nak menangis pun ada tapi kenangan hanya kenangan. Tapi gambar yang paling menyedihkan adalah gambar masa "kombo". Aku tak dak kat gambar tu. Kenapa? Budak DTK ja yang tau. Selepas tu, terbuka forum kat friendster tu."ex-dtk". Timbul dihati ingin membuat satu forum rasmi untuk Budak DTK ni. So aku mula membuat forum ni dengan bantuan kengkawan, terutamanya Abg Long. Buat masa ini, kita akan menggunakan address domain ni sehinggalah kami dapat membuat satu web rasmi untuk Budak DTK. Berita baik, kemungkinan Budak DTK ada web sendiri yang ditaja oleh seseorang pada 3 November 2008. Saya harap kita akan terusberhubung melalui web ini. Janganlah biarkan kenangan kita di Politeknik berlalu begitu sahaja dan hubungan kita akan terus berkekalan. Sokongan dari korang semua adalah amat berharga. Tanpa korang siapalah Budak DTK. Yang menjalankan tugas, DarkAries | Statistics We have 11 registered usersThe newest registered user is irene_027 Our users have posted a total of 163 messages in 40 subjects Top posters
Who is Online ? In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None Most users ever online was 3 on Sat 01 Nov 2008, 3:39 am |
![Die[To]Kill](http://hitskin.com/themes/12/66/63/i_logo.png)